Posts

Showing posts from February, 2018

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris EPL 2018

Image
Jadual perlawanan English Premier Leage 2017-18 LONDON: Berikut jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017-18. Sabtu, Ogos 12, 2017 Arsenal v Leicester City Brighton and Hove Albion v Manchester City Chelsea v Burnley Crystal Palace v Huddersfield Town Everton v Stoke City Manchester United v West Ham United Newcastle United v Tottenham Hotspur Southampton v Swansea City Watford v Liverpool West Bromwich Albion v Bournemouth Sabtu, Ogos 19, 2017 Bournemouth v Watford Burnley v West Bromwich Albion Huddersfield Town v Newcastle United Leicester City v Brighton and Hove Albion Liverpool v Crystal Palace Manchester City v Everton Stoke City v Arsenal Swansea City v Manchester United Tottenham Hotspur v Chelsea West Ham United v Southampton Sabtu, Ogos 26, 2017 Bournemouth v Manchester City Chelsea v Everton Crystal Palace v Swansea City Huddersfield Town v Southampton Liverpool v Arsenal Manchester United v Leicester City Newcastle United v West Ham United Tottenham Hotspur v Burn

CERITA LAWAK: Sayangkan isteri

Image
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat menjawab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya te

Haiwan Pelik Yang Kita Tidak Tahu Bahawa Ia Wujud

Image
Tuhan menciptakan alam semesta dan segala isinya dari sekecil kuman hingga sebesar gunung Everest dengan kebijaksanaanya yang tanpa batas. Terutama sekali apabila Tuhan menciptakan haiwan-haiwan yang unik dan indah dimatanya. Tahukah anda, dalam banyak-banyak haiwan didunia ini, ada juga haiwan yang mungkin belum pernah kita terfikir kehadirannya di dunia ini. Kehidupan haiwan liar dengan spesis berbeza memberikan kepelbagaian rupa dan bentuk yang mengagumkan untuk kita melihat dan pelajari. Terdapat spesis haiwan di dunia yang kita tidak pernah dengar dan apatah lagi melihatnya. Dan apabila melihat pasti kita berasa hairan, teruja dan berasa kagum. Di sini antara haiwan pelik yang ingin diperkenal dan diketengahkan. Pasti anda akan tersenyum ceria melihat haiwan pelik berwajah comel ini. 1. Axolotl – Mexican Walking Fish Axolotl (Ambystoma mexicanum) merupakan haiwan daripada spesis salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Mexican Walking Fish” walaupun ianya bukan darip

Lelaki Pembawa Mesin Rumput Hadapi Pertuduhan Seksyen 304(A)

Image
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dengan kecuaian menyebabkan kematian si mati. Manakala menurutnya, dua pertuduhan lagi di bawah Seksyen 337KK dengan perbuatan cuai menyebabkan kecederaan. “Selain itu, kita turut telah menerima analisa DNA daripada Jabatan Kimia pada bilah pisau yang ditemui yang mempunyai DNA mangsa. “Tarikh pertuduhan bakal dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, 13 Februari lalu itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepalanya. Selain seorang pelajar perempuan maut, dua lagi pelajar lelaki mengalami kecederaan, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, ia

CERITA LAWAK: Tiga kali je..

Image
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria. "Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?" Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana bol

Harga Renew Lesen Memandu 2018

Image
Bayaran dikenakan bagi tempoh setahun adalah sebanyak RM30. Bayaran dikenakan bagi tempoh dua tahun adala sebanyak RM60. Anda juga bole memperbaharui lesen memandu anda selama lima tahun dengan harga RM150. Bagi memperbaharui lesen memandu anda perlu melakukannya di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi mendapatkan lesen memandu yang sah dan original. Prosedur biasa dikenakan iaitu mendapatkan no giliran, tunggu dan anda akan dipanggil beberapa minit bagi tujuan memperbaharui lesen memandu anda. Kebiasaannya harga bagi memperbaharui lesen memandu ini tidaklah selalu mengalami perubahan yang ketara. Jom lihat video cara renew lesen secara online...

(Video) Dua Blok Kayu SK Sentosa Di Tawau Musnah Terbakar

Image
Menerusi Berita Harian mengatakan bahawa dua blok banguinan kayu SK Sentosa, Tawau Sabah yang menempatkan pejabat, bilik guru dan beberapa kelas musnah dalam satu kebaran. Namun, setakat ini tiada murid atau guru yang dilaporkan cedera dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Saksikan video kebakaran tersebut...

CERITA LAWAK: Kanggaru

Image
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki. Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu. Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, ke

Cara-cara Isi Borang Cukai e-Filing

Image
LANGKAH-LANGKAH ISI BORANG CUKAI (E-FILING) Sempena musim percukaian ini, kami ingin kongsikan langkah-langkah bagaimana untuk mengisi borang cukai (e-filing) dengan mudah. Langkah utama adalah dengan melayari https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan login No. Pengenalan dan password. Jika tiada, anda harus mohon No. PIN individu di cawangan LHDN berhampiran kawasan anda. Kongsikan dengan rakan anda yang masih pening macam mana nak isi e-filing. NOTA PENTING: 1. Mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. 2. Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun. Sumber: Fb

Identiti Sebenar Gadis Video ‘Manja Lapar’ Yang Viral

Image
Muhd Aiman yang mengenali Nija sejak lapan bulan yang lalu berkata, dia lebih mengenali teman wanitanya itu dan merancang untuk berkahwin sekiranya mempunyai jodoh yang panjang. Its okay sayang, theres nothing to worry about. Anggap jelah dorang tu tak bertuah sebab tak dapat yang manja macam awak ni. Dorang cakap awak buat buat tapi dorang tak tahu dan dorang tak kenal awak pun sebenarnya. Kalau dah kenal awak baru dorang tahu betapa manjanya awak ni sejak azali. Bunyi guruh pun boleh menangis! Tenung buat muka bengis walaupun niat bergurau pun awak boleh menangis. Tetapkan diri awak yang sekarang. Jangan pernah berubah walau sikit. Saya selesa dengan awak yang sekarang. Tak kira apa pun tomahan tomahan makcik pakcik bawang serta ustaz dan ustazah upahan tu, saya tetap ada untuk support dan jadi penguat awak macam mana awak jadi penguat saya di saat saya lemah. Yang benar, Aiman 😘 35.5k Likes, 1,860 Comments - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ (@muhdaimanamar) on Instagram: "Its okay sayang

Lindsay Lohan Bertudung Semasa London Fashion Week

Image
Lindsay Lohan Selfie Bersama Datin Norjuma Lindsay juga turut  membuat video live di Instagram peribadinya yang menunjukkan dia sedang belajar memakai tudung dengan betul. Malah dalam video tersebut, Lindsay meluahkan hasratnya yang ingin memakai tudung secara tradisional. Lindsay sebelum ini pernah mencetuskan tanda tanya ramai apabila beberapa kali pernah tampil bertudung. Bintang Mean Girls itu bukan hanya memakai tudung, tetapi juga mengenakan pakaian yang kemas dan menutup aurat sehingga mencuri perhatian ramai sepanjang acara itu berlangsung. Sementara itu, beberapa selebriti tanah air yang berada di acara itu juga sempat berkongsi gambar mereka bersama Lindsay yang begitu sporting melayan tetamu dan  peminat yang mendekatinya. Antara selebriti yang sempat berselfie bersama Lindsay ialah Datin Norjuma, dan Raja Nadia Sabrina yang turut terlibat dalam acara tersebut.

Jubah Hipster Wakanda Mungkin Akan Trending Raya Aidilfitri Nanti

Image
Filem 'black panther' masih lagi meneruskan tayangan di pawagam-pawagam seluruh negara. Apa yang menjadi persoalan, jubah/baju yang dipakai oleh pelakonnya yang memikat hati paksu. Coraknya agak kemelayuan dan sesuai dipakai pada haru raya aidilfitri 2018 nanti. Rasanya di Indo sudah ada penjual yang menjualnya. Kita tunggu pula di Malaysia, mungkin ada penjual yang akan mula menjual baju ni nanti. Amat sesuai digayakan dengan jeans atau seluar slack.

Gambar Bapa Kena Kreatif Bila Mak Tiada Di Rumah

Image
Bila si ibu tak ada kat rumah, si baby nak menyusu badan.. begini lah jadi ye kalau ayah yg jaga🤣🤣. Kreatif betul ayahnya 😂 Kuih Pau Kena Simpan Stok Di Rumah

CERITA LAWAK: Ingat!, Seperti Bom Tangan

Image
Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali. "Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ''foam''nya." terang pegawai itu lebih lanjut. Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Semakan Brim 2018 Dah Masuk 26 Februari 2018

Image
TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA Bagi setiap pemohonan yang telah diluluskan / berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2018 adalah seperti berikut:- Pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 adalah dari tarikh 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK/ SDO.

CERITA LAWAK: Dot Pi Dot Mai

Image
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"...

BRIM Untuk Individu Bujang 2018

Image
Penerima brim 2018 juga adalah terdiri dari lelaki atau perempuan bujang yang menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2000.00 ke bawah sahaja. Pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Februari 2018. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 – RM450

Tarikh Pemberian BRIM Sessi Pertama 2018

Image
Pemberian brim fasa 1 bagi tahun 2018 telah tular ke seluruh negara akan diberikan pada 18 Februari 2018. Namun andaian yang tular ini telah diubah ke tarikh lain iaitu 22 Februari 2018. Jadi, penerima brim harap bersabar ya...

Cerita Lawak: Banglasia

Image
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.. Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkan rokok.. Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata ” its ok.. too many DOLLARs in Amerika,”... Tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal di dunia.. Dibakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. Tersentak dengan tindakan si Kongo, si Amerika bertanye, “why??,”.. Si Kongo menjawab, ”There is too many cigars in Kongo”.. Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td.. Belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. Dengan slamber berkata “nevermind.. Its too many Bangla in Malaysia" ....'

CERITA LAWAK: Malu Sesangat

Image
Seorang wanita muda telah ter''bersalin'' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!

Tips: Cabaran Bapa Masakini Membesarkan Anak Perempuan

Image
Haha. Anak first aku adalah jantan. Ingat lagi betapa eksaitednye aku time dia keluar, yeah skang aku sudah boleh di gelar bapak. Well, rupa2nya kepala bapak kau! Belum lagi bro. Bila keluar Husna baru tetiba aku tersentak. Baru aku nampak. Shit. Ni kerja susah ni. Pastu Ameena plak. Ya Allah mati aku. Double trouble. Botak gua. ------------------------------- Kenapa Jaga Boys Lagi Sempoi? Boys senang. Kecik2 diaorg mmg lagi nakal, pecah rumah, kerap buat stunt, injured patah luka tu standard. Tapi kau boleh marah, hukum or pukul kalau perlu utk didik diaorg. Diaorg listen to lojik eg: Jahat=Lempang. Baik=No Lempang. Bodoh skit ehh banyak...compared to girls, so cakap lambat, baca lambat, cerdik lambat tapi klau besar2 dia skor, senang nak masuk uni sebab ada kuota lelaki. Nice. Basically aim korang adalah utk menjadikan dia seorang yg matang, beriman, independent dan kuat physically kerana one day diaorg akan menjadi ketua keluarga dia sendiri.... ------------------------------- Anak

Gambar Lawak: Kesan Teknologi Kepada Manusia

Image
Skrin tv dan komputer semakin slim... kecanggihan teknologi... tentu skrin tu rasa takjub juga dengan tuannya...

Tempat Makan Wajib Singgah Bila Datang Ipoh

Image
Paksu kongsikan tempat makan wajib singgah bila korang datang Ipoh musim cuti raya cina ni. 1. Restoran Hollywood. (Sangat popular untuk sarapan pagi dengan macam-macam menu yang penuh variasi. Yang memang sukakan makanan ala cina boleh datang cuba kat sini. Paduuuu 👌👌👌 habis wehhh......datang tau nanti). 2. Nasi Ganja. (Ini pun satu lagi tempat paling top kat bandaraya Ipoh ni. Lokasinya betul-betul kat tengah pekan dan kompem beratur panjang setiap hari. Kalau datang Ipoh tak singgah makan nasi ganja ni, korang memang rugi!!!! 👍👍👍 3. Laksa telur bersarang. (Laksa dia lain macam weiii!!! Biasa ada telur rebus kan tapi dia ada telur goreng.....korang kena rasa sekali. Kompem jilat sampai licin kikiki!!! 👏👏👏 4. Laksa polo. (Ini tempat cuci mata sambil makan laksa, keropok lekor panas2, ais kacang dan air kelapa memang femes tempat ni). 5. Mee kari LostWorld. (Ini paksu sangat-sangat rekemen kat korang yang datang ke Lost World Off Tambun, sedap gila paksu x tipu yang ni. Datang

Kisah Hijrah Allahyarham Azmil Mustapha

Image
Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato' Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. Beliau kini sedang belajar di Syria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang. Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yang sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 setiap malam sebelum siaran TV tamat. Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ini tidak pula diceritakan pada hari ini. Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawanny

Azmil Mustapha Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Seksyen 21

Image
Jenazah Azmil telah disolatkan selepas solat asar dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Selain rakan artis, turut menziarahi allayarham Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir Aziz Bakar, Pengerusi Eksekutif Bebas AirAsia, Datuk Kamarudin Maranun. Terdahulu jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam. Allahyarham Azmil Mustapha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam di sini, hari ini. Jenazah dikebumikan sekitar jam 6 petang tadi dengan kehadiran anggota keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Image
Pelakon yang popular pada tahun 1980an iaitu Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ali Setan baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Seksyen 9, Shah Alam jam 1 petang tadi. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung yang telah beliau hidapi beberapa tahun dulu. Azmil Mustapha kini merupakan seorang pendakwah bebas yang banyak menyampaikan ceramah-ceramah agama disekitar Shah Alam. Memetik Utusan Malaysia, adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha berkata, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. Al-Fatihah.. perginya seorang artis yang memberi contoh yang baik dihujung kariernya. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Kedai Reject Barangan Lazada Di Galaxy Ampang

Image
Niat di hati tu nak cari food steamer kononnya lepas ni nak makan berasaskan yang steam tu diperbanyakkan la acah nak sihat. hikhik. Tapi takde pulak. so pergi tu just pusing pusing je bawak anak. die tengok barang2 camni tak minat la asyik ajak balik je..but like i care! haha yelah takkan dah sampai nak balik pulak. pusing2 la bagi puas hati sendiri walau tak membeli. Kat sini banyak barang lazada yg murah-murah. Barang baru, bukan secondhand. Lazada reject tapi conditions masih elok macam baru. Cuma yang tak best tu bila potential pelanggan ni suka buka kotak2 and tak simpan balik barang. so yang pelanggan baru masuk tengok rasa macam barang2 terbuang je. kat kedai ni Ada macam-macam barang. memang kalau pegi tu kena duduk lama untuk belek satu2. sebab barang dia tak bersusun ikut tempat macam kat tesco giant tu, seksyen tenusu semua product tenusu kan..kat sini dia pakai letak semua satu rak. so kalau memang intention nak membeli memang kene belek2 lama. Harga kebanyakkannya 70%-50%