Bintik-bintik Gatal Dyshidrotik Ezcema
DYSHIDROTIC EZCEMA. (post ni bukan jual produk,sila baca habis ya😊) Pernah kena bintik2 gatal ni tak? Nampak kawan belah group post td, tengok ramai juga org kena benda ni. So tergerak hati nak sharing manatau dapat membantu kan 😊 sila baca habis ya. Ini sekadar perkongsian dari pengalaman saya sendiri. Saya pernah kena sakit ni dalam 2-3 tahun on off. Maksudnya, sembuh pastu datang balik. Nak sembuh memang kena tunggu lama la tapi bila sembuh kejap ja pastu datang lagi. Gatal ni pindah randah tangan kiri ke kanan kadang2 kedua2 tangan kena hampir seluruh jari. Itu disebabkan cecair dari bintik2 tu la. Bila bintik2 tu pecah kulit gatal dan kering dan merekah. Sakit gila!! 😵 Ok, point utama yang saya nak kongsikan. Disebabkan hampir semua ubat saya dah cuba kecuali injection klinik swasta. Saya pun korek FB dan GOOGLE. So, masalah saya adalah disebabkan bahan2 pencuci yang mengandungi ANTI BAKTERIA (ANTI-BAC) seperti pencuci pinggan, baju, shampoo, shower cream, sabun dan lain2. Ja