LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai. Contoh: Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202 Potongan KWSP (11%) = RM4,202 Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan) Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund. Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan : 1. Borang EA / EC / CP58 Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC. Orang kerja swasta, sediakan borang EA. Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat. Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020. S