Posts

Pendaftaran Anda untuk GSKJ 2021 telah Diterima!

Image
Salam pengakap, Adalah dengan sukacitanya untuk dimaklumkan bahawa pendaftaran anda telah diterima dan terima kasih atas pendaftaran anda sebagai peserta untuk Global Scouts Kitchen Jamboree (GSKJ) 2021 anjuran Boy Scouts of America (BSA). Untuk memuat naik atau berkongsi video penyertaan anda, sila bacakan dan memahami proses memuat naik atau kongsi video tersebut untuk saringan oleh PPM seperti yang dinyatakan dalam dokumen 03_Kaedah Memuat Naik Video yang telah dimuat naik dalam fail “ Jamboree Kit ”. Selepas membaca dan memahami dokumen tersebut, anda boleh memilih pautan untuk memuat naik atau kongsi video anda mengikut kategori umur anda: Pengakap Kanak-kanak (10-12 tahun): https://forms.gle/ AN1xo1c2FgGt5stf8 Pengakap Muda (13-15 tahun): https://forms.gle/ zCiPTqP4A3qTTgqK8   Pengakap Remaja (16-17 tahun): https://forms.gle/ H3p7byrWKMbNmURM9   Pengakap Kelana (18-25 tahun): https://forms.gle/ KWEvxgNVdQ2B8qdK6   Pemimpin Pengakap (18+ tahun): https://forms.gle/ 2U9Dc7k1sjzR6y5

Buat Duit Online Dengan Google Adsense

Image
Bagi penulis blog tegar yang mempunyai pembaca yang beribu-ribu sehari, kalau tak kenal dengan google adsense, kira ber’blog’ hanya suka². Apa kata, bagi saya masukkan code iklan adsense, untung kita share, boleh? Hehe… Google adsense merupakan satu platform bagi pengiklan, mengiklankan iklan mereka melalui laman web / blog / youtube dan yang terkini melalui apps android. Bayaran komisen akan dibayar  oleh google kepada kita berdasarkan klik pada iklan yang dipaparkan.  Walaubagaimanapun, bayaran komisen berbeza mengikut jenis iklan yang dipapar dan betapa tinggi nilai laman web / blog / video yang kita hasilkan. Jadi, kepada yang nak berjinak-jinak dengan google adsense, pastikan laman web / blog / video yang dihasilkan benar² asli dan berkualiti.

Kedudukan Yang Terbaik Beli Rumah Teres

Image
GUNA KOMPAS PILIH RUMAH?  1. Kesalahan pilih rumah dan kedudukan matahari beri kesan haba panas dan bil elektrik yang tinggi dalam rumah kita.  2. Bawa satu kompas kecil waktu ingin beli dan lihat rumah yang kita nak beli. Panduan ini bagi membeli rumah jenis teres tengah sahaja bukan tepi. 3. Dinding hadapan rumah yang ada pintu sliding kaca yang besar dan  tingkap sebaiknya dielakkan menghadap BARAT atau TIMUR.   4. Cuba elakkan muka hadapan rumah hadap matahari naik dan turun.  5. Haba dan silau paling banyak datang dari dua arah mata angin ini antara jam 3 hingga 6 petang.  6. Begitu juga sekiranya kita menghadap ke TIMUR, matahari naik. Dari segi masa pendedahan kepada matahari, pagi dan petang sama sahaja. 7. Arah muka depan rumah teres yang paling sesuai adalah UTARA dan SELATAN.  8.  Sekiranya hanya ada dua pilihan antara TIMUR dan BARAT, maka pilih lah yang menghadap timur, kerana matahari pagi lebih segar. 9. Menghadap BARAT paling teruk kesan haba kerana kepanasan habanya ak

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Image
TERKINI: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ➡️ Bantuan Khas Covid-19  • Miskin Tegar: RM1,300 (Isi Rumah)  RM500 (Bujang) • B40: RM800 (Isi Rumah)  RM200 (Bujang) • M40: RM250 (Isi Rumah)  RM100 (Bujang) ➡️ Bayaran tambahan BPR sehingga RM500 ringgit pada bulan Julai dan ia secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.  BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100-RM1,400 akan dibayar pada bulan Sept.  ➡️ Diskaun bil elektrik 5-40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan, berkuatkuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021. ➡️ Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian secara percuma sehingga 31 Dis. ➡️ Bantuan Kehilangan Pendapatan pada Oktober sebanyak RM500. Ia disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. ➡️ KWSP perkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.  Menerusi i-Ci

Pecah Bahagian Tanah Jika Pemilik Bersama Tak Setuju

Image
BAGAIMANA NAK BUAT PECAH BAHAGIAN JIKA PEMILIK BERSAMA TAK SETUJU, MENINGGAL DUNIA ATAU TAK DAPAT DIKESAN? Antara masalah yang biasa timbul apabila seseorang pemilik bersama tanah pertanian geran kongsi ingin membuat pecah bahagian tanah tersebut adalah tiadanya persetujuan daripada kesemua pemilik bersama yang lain. Atau kadang-kadang ada juga pemilik bersama tersebut yang dah meninggal dunia. Atau kerap juga berlaku pemilik bersama itu tidak dikenali atau tak dapat dikesan. Sekiranya berlaku keadaan-keadaan di atas, apakah yang patut dilakukan jika kita nak buat pecah bahagian tanah tersebut? Baik, ini jawapannya: 1. Sebenarnya S.141A Kanun Tanah Negara membenarkan mana-mana pemilik bersama sesuatu tanah pertanian geran kongsi pemilikan bersama memohon untuk kelulusan pecah bahagian, walaupun pemilik-pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagian atau terdapat pemilik bersama yang tidak dapat dikesan atau  sebagainya. 2. Caranya adalah failkan sahaja permohonan p

Daging Masak Hitam Mamak Nasi Kandar

Image
DAGING MASAK HITAM MAMAK NASI KANDAR PULAU PINANG BAHAN-BAHAN : 1 kg daging lembu (dipotong hiris ikut urat daging 16 keping) 2 biji bawang besar , dipotong hiris memanjang 5 peket kecil atau 2 senduk besar rempah kari daging 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk kas-kas (optional) 2 senduk besar cili kisar (boleh +/- ikut kepedasan yang diinginkan) 250 gm santan pekat (jika suka) BAHAN UNTUK KISAR/TUMIS : Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan. Serai 2 batang di ketuk di pangkal. Daun pandan di potong 3″ sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai. 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih. Kicap Pekat Mee (tamin amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki. Minyak masak dua senduk besar. CARA PENYEDIAAN: ❀   Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikkan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya me

CERITA LAWAK: Pelaburan Bijak

Image
Baiklah, aku sibuk sikit hari ni tapi aku cuba post walau ringkas. Hari ni aku ingin berkongsi tips pelaburan bijak. Ini adalah sah, benar dan tiada unsur haram kecuali modal itu haram. Dengan hanya RM 300, anda mampu mendapat SEJUTA! YESS. Benar. 300 jadi sejuta. Caranya... Tukarkan RM 300 ke matawang Rupiyah.  Pastiiii enakkk. Ok bye. Selamat menjadi jutawan semua. Sumber FB