Posts

Showing posts from July, 2018

Kadar Penggunaan Watt Dan Harga Bagi Peralatan Elektrik Di Rumah

Image
'Identify your electricity usage'. Jadi, gigih aku merajinkan diri untuk infografikkan poster tu semula. Penggunaan elektrik mengikut jumlah watt yang terhasil oleh sesebuah peralatan elektrik. Gunakanlah dengan bijak. 1 HP (740watt) ~ 16 sen/1jam 1.5 HP (1100watt) ~ 24 sen/1jam 2 HP (1540watt) ~ 30 sen/1jam

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian

Image
Ramai antara kita adalah penggemar durian. Sebelum kita makan durian, elok kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang buah durian. a. Durian kaya  bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur). b. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau)  bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. c. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi. Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan 'Ketoacidosis' dan sangat merbahaya. d. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialysis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung! Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG)

5 Tips Masakan Lebih Enak

Image
Tadi sebelum memasak saya ada belek-belek buku masakan dan ada terbaca 5 rahsia mengenai masakan. Nah saya kongsi 5 rahsia buat bahan rujukan. 1. TIMUN Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas. 2. GARAM Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan. 3. SANTAN Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api dengan perlahan atau sederhana. 4. GULA MERAH Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas. 5. BUAH KERAS Buah keras berfungsi memekatkan m

Para Suami Sekalian, Anda Di Tahap Mana?

Image
Level kebenaran khas kepada para suami oleh isteri tercinta... Novice Hubby, "Yang, boleh tak saya main bola Sabtu minggu depan?" Beginner Hubby, "Ayang, kawan ajak main bola Sabtu ni, boleh tak saya join?" Intermediate Hubby, "Ayang, Abg terpaksa main bola Sabtu ni tak cukup player." Advance Hubby, "Sabtu ni Abg ada bola. Awak pegi lah shopping dengan anak². Nah ni duit." Mahaguru Wife, "Abg ada bola kan minggu ni." Hubby, "Ya." Maulana Wife, "Abg kat mana ni?" Hubby, "Padang bola. Kenapa?" Wife, "Ok, takde apa². Enjoy the game ya Abg."

Tips Cara Memilih Buah Durian Yang Elok

Image
"Durian ni berapa sekilo bang?" Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu. Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi. Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit. 'Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas' Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan. Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy. Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu. Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian. Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam