5 Tips Masakan Lebih Enak

Tadi sebelum memasak saya ada belek-belek buku masakan dan ada terbaca 5 rahsia mengenai masakan.

Nah saya kongsi 5 rahsia buat bahan rujukan.

1. TIMUN
Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.

2. GARAM
Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.

3. SANTAN
Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api dengan perlahan atau sederhana.

4. GULA MERAH
Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

5. BUAH KERAS
Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Pengiraan Bilangan Bata Dan Simen

Sejarah Motosikal Modenas Kriss

CERITA LAWAK: 3 Sekawan