Posts

Showing posts from May, 2021

Sejarah Motosikal Modenas Kriss

Image
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya terletak di Gurun, Kedah, Malaysia. Sejarah syarikat tersebut bermula pada tahun 1990-an. Selepas kejayaan syarikat automotif nasional PROTON, kerajaan telah merancang untuk melancarkan projek motosikal nasional. Modenas ditubuhkan pada 1995 dan majoriti sahamnya dipegang oleh Kawasaki, Nissho Iwai, Khazanah Holdings Berhad dan DRB-Hicom Berhad. Secara umumnya, Modenas menghasilkan model motosikal bawah 250 cc. Kebanyakan modelnya terdiri daripada model skuter serta model motosikal moped (kapcai). KRISS Kriss 110S Modenas Kriss adalah model pertama yang dilancarkan oleh Modenas pada tahun 1996. Ia mula dipaparkan kepada umum semasa perarakan Hari Kebangsaan pada tahun 1996 dan mula dikeluarkan pada akhir tahun tersebut. Model asal hanya menggunakan

Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP Dan PKPB

Image
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) versi pdf Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19. Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan. Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut: 1. Borang Permit Pergerakan PKP dalam bentuk pdf,  https://bit.ly/3yfDYi7 2. Borang Permit Pergerakan PKPB dalam bentuk pdf,  https://bit.ly/3otcYXV Ikuti l