Naik Kereta Sendiri Dari Rantau Panjang Ke Hatyai


Dari Rantau Panjang Ke Hat Yai. (cara masuk kereta sendiri, itinerary & tips2 penting)

Pertama kali nak masuk bawak kereta sendiri, mmg takut. Takut sesat, takut x jumpa jalan, takut xreti bahasa Thailand. Jangan takut, insyaAllah senang.

A) Dokumen yang diperlukan:

1) Passport
2) Geran original (photostat tak diterima) - boleh buat geran original dekat JPJ UTC/JPJ. Haritu buat RM50.
3) Surat kebenaran pemilik kenderaan (haritu lalu ikut bukit kayu hitam, member bawak kereta ayah dia, kena sign owner semua)
4) Insurans Kenderaan Thailand – dibeli di ICQS Sg Kolok - belah imigresen Thailand (RM30 utk MPV 7 seaters selama sebulan)
5) kertas putih utk diisi setiap orang (bawak pen)

B ) Imigresen Rantau Panjang

Terus pandu ke kaunter pandu-lalu imigresen Malaysia. Serahkan passport pemandu. Sekiranya dia minta passport penumpang, serahkan. Haritu dia x mintak plak.
So selesai scan passport, ucap terima kasih & terus pandu menuju ke seberang sempadan Malaysia/Thailand.

C) Imigresen Sg Kolok

1) Parking kereta. Semua orang perlu masuk menuju ke bangunan imigresen Thailand.
2) Kertas putih (White card), boleh ambil di kaunter 1 (ada tulis tempat ambil borang, free)
3) Cop passport - dah isi kertas putih semua, boleh beratur utk cop passport. Passport lama kena beratur kt kaunter dalam (kaunter 1-4), passport baru kena beratur kt kaunter luar. (xtahu ape perbezaan dia, maybe ade scan utk passport baru kt kaunter luar kot)
4) Insurans kereta & VEP - selesai cop passport, masuk balik bangunan imigresen Thai, tgok tingkap belah kanan yg mula2 sekali. Beratur & beli di situ. Selitkan geran original & duit RM30 (insurans sebulan) dalam passport terus. Sila cop passport dlu, kalau x sia-sia je beratur. Haa
5) Tunggu sekejap utk dia siapkan dokumen semua, dia akan bagi:
i. insurans kereta semasa di Thailand
ii. VEP - Vehicle Entry Permit (2 keping)
iii. Polisi insurans (kot) - tunggu sy belajar bahasa Thai dlu baru sy terjemahkan. Xperlu buat apa2, simpan skali dgn Insurans.
6) Tandatangan VEP - keluar balik bangunan imigresen, pergi belah kanan ke kaunter cop passport baru. Ade meja depan tu. Tandatangan VEP di situ. Ade 3 tandatangan kita kena buat & pegawai tersebut perlu chop dan tandatangan skali.
Jangan hilangkan VEP! Kalau x, kenderaan anda X boleh masuk ke Malaysia. Simpan dalam dashboard, insyaAllah x hilang.
7) Drive masuk ke Thailand - boleh terus pandu ke Sg Kolok. Sebelum pandu, sy Waze terus ke Hat Yai, sebab takut xde line kt dalam sana nanti. Hehe.

Tak sampai sejam, siap semua urusan. Alhamdulillah.

Tips di jalan raya Thailand.
1) signboard ade dalam dwi-bahasa, Thai & English.
2) Waze biasanya bagi jalan terdekat, bergantung kepada setting Waze anda (masuk jalan kampung), jadi cek jalan yang akan dilalui terlebih dahulu sebelum memandu.
3) had laju adalah 90kmph, jika lebih boleh dikenakan saman sebanyak RM50
4) pandulah sebelah kiri jalan. Jika hendak melintas, bagi signal & lintas. Selesai melintas, masuk balik ke lorong sebelah kiri. Kami ditahan polis Thai kerana memandu di lorong sebelah kanan 😂. Nasib baik polis tu cakap Pattani, dan dia lepaskan kami. Hahah.
5) kalau di Malaysia ada myvi, di sana ada 4WD (hilux, navara, Ford ranger & seangkatan dengannya) jangan berlawan laju dengan mereka.

Sim Card
1) sampai ke Pattani, ternampak kedai sim card. Ktorg beli sim card AIS. 150 TB (RM17) utk unlimited Internet selama seminggu. Memang laju sbb 4G+.
2) ada orang amek Sim card MOVE, 100 TB (RM13), cuma pakej nya sy x tahu mcm mana.
3) sila update semua apps & download movies/series yg best. Hahaha.

========================ITINERARY=========================

Day 1

1) Menuju ke Hat Yai, kami singgah sebentar di Coco One Beach. Kira-kira 1 jam sebelum tiba di bandar Hat Yai. Waze aje sbb jalan nk masuk agak keliru. Di situ kami order air kelapa & ambil gambar sahaja. Tempatnya cantik & tenang.

2) sampai di Hat Yai, kami terus menuju ke Kosit hotel (central Hat Yai). Check-in. Solat & rehat.

3) Central Festival Mall.
Mall yg sangat besar. Parking senang. Menuju ke foodpark tingkat 2, boleh try pelbagai makanan. Harga berpatutan. Puas hati.
Kebetulan ade sale akhir tahun, swipe kredit kad sbb takut x cukup cash yg ditukar. (memang X cukup pn 🙄)

4) Greenway Night Market.
Shopping2 kt cni, orang kata ada bundle menarik, tp sy x jumpa plok yg menarik. Maybe xde rezeki.

5) Lee Garden plaza.
Macam pasar malam, pakaian & pelbagai jenis makanan.
Nasik lemak viral, teh tarik ais viral, udang besar2.
Baju & souvenirs murah2 kt cni.
Lepas 2 jam pusing, terus balik kepenatan.

Day 2.

1) Dimsum chabura.
Seawal 6 pagi dibuka, kami ke sana pkol 1030. Penuh orang Malaysia. Haha. Makanannya biasa saja mcm steamboat. Pau 20tb (RM2.60) tak perlu amek banyak. Plate kecik2 15tb (RM1.90). Cuma sos dia yg menarik, ade manis, masin, pedas.

2) rehat sebentar utk ke Klong Hae Floating Market.

3) Klong Hae Floating Market (Jumaat hingga Ahad, 3pm-9pm)
Mcm Thai festival kat Malaysia je, penuh Malaysian. Sbb musim cuti sekolah. Melayu, Cina & India semua bersatu kt cni, 1 Malaysia.
Bot x nampak, terapung pn x nampak. Yg nampak hanyalah kepala orang saja. 😂 😂
Makan cket di sini sbb susah nk pilih, beli makanan di gerai atas. Pening kepala sbb panas. Haha.
Tp macam biasa, sampah buang mcm tu je. Memalukan.
Tong sampah banyak disediakan, tp bawah tiang lampu juga jadi pilihan nk buang sampah. Zzz

4) Asean night Bazaar.
Ade 2 tingkat. Tingkat atas makanan. Tgkat bawah pakaian.
Makanan kt cni pn boleh tahan. Pulut ayam, sushi 5tb (lagi menarik dari Dimsum chabura), udang besar, pancake, nasi khomok, pelbagai jenis jus.
Pakaian - jeans, blouse, jersi, baju marvel/dc/disney, pyjamas, customized passport cover.

Day 3

1) breakfast berhampiran hotel - nasi kerabu daging bakar, memang sedap. Check-out hotel.

2) Samila Beach.
45 mins ke sana hanya kerana seekor duyung.
Sampai2 duyung dah kena kerumun. Xtahu mana 1 duyung. Macam hari keluarga kt Samila Beach. Penuh rakyat Malaysia. 😂
Seafood di situ juga sgt menarik. Makan dengan tenang.

3) Skywalk Pattani.
Otw balik, kami ke sana. Memang gayat kalau tgok ke bawah. Tapi sangat menarik & masuk adalah percuma.

Tiba di border 9pm, Alhamdulillah selamat sampai Malaysia.

Tips penting:
1) Thai bath - ready byk2 kalau plan nk shopping. Boleh jgak tukar di Hat Yai. Thairat Exchange nama dia, rate pn menarik. Xlah mahal sgt.
2) debit/kredit kad - pastikan dgn bank anda - rate, charges, dan boleh digunakan di luar negara. Hanya tempat yg tertentu sahaja boleh pakai kad.
3) penginapan - pastikan lokasi berdekatan dgn tarikan pelancong. Book awal takut penuh. Ada orang Thai bgtahu, jgn amek Hotel murah sbb ada kes kecurian pernah berlaku.
4) parking - biasanya parking hotel memang cepat penuh. Ikut nasib. Ada orang cadangkan supaya park je di hotel & naik tuk-tuk/grab utk jalan2. Tp kami lagi selesa drive sendiri dalam bandar. Juga pengalaman drive 20-40kmph yg sukar dicari di Malaysia 😂 Parking kalau malam jauh cket dari hotel, tp mudah.
5) drive dalam bandar - jangan laju + kesabaran kena tinggi. Signal wajib. Kalau berhenti kt tepi, tekan signal kecemasan (double signal). Haruslah bertoleransi. Angkat tangan bukan kena bayar pun.
6) International adapter - untuk cas phone/laptop/barangan elektronik. Mereka menggunakan kepala 2-pins.
7) 7e - wajib singgah. Sangat menarik berbanding 7e Malaysia. Pilihlah 7e jauh dari tarikan pelancong. Kalau X, rasa mcm kt kedai RM2/mydin. Penuh manusia. Haha. Antara benda wajib try, susu yg pelbagai perisa. Pastikan ada logo halal. Jangan carik logo jakim plak, mmg x jumpa la. 😂
8 ) minyak - setiap stesen minyak mempunyai harga minyak yg berbeza. Yg pasti ade 91 & 95. Yg lain xreti baca. Sempat ktorg isi 20L masa balik, boleh tahan harga dia. 551tb lebih kurang RM80+.
9) pusat urut - ktorg X sempat pergi sbb setiap hari balik pkol 11 tgh malam. Ade org cakap, tempat urut utk muslimah ada, dia sediakan bilik khas. Manakala utk Muslimin, pilihlah tempat ada lelaki yg mengurut.
10) waktu solat - sekiranya anda masuk Thailand, automatik jam bertukar 1 jam lebih awal. Seeloknya download apps dan tukar lokasi ke Thailand. Selamat beribadah.

Byk jgk tempat yg kami X sempat pergi. 😂 Boleh try selit kalau korg sempat masa.

Total lost - RM1k utk 2 orang. Gara-gara terpengaruh dgn sale akhir tahun di Central Festival Mall.

Sumber FB

Comments

Popular posts from this blog

Cara Pengiraan Bilangan Bata Dan Simen

Sejarah Motosikal Modenas Kriss

CERITA LAWAK: 3 Sekawan