Cara Apply Visa Untuk Umrah DIY

πŸ•‹ Step by step apply Visa untuk Umrah DIY
=================================

Perkara yang paling penting untuk semua tahu :

πŸ“ Tak semua travel agent SUDI buatkan visa umrah kalau korang tak ambil pakej dengan mereka. You cannot simply walk to travel agent dan request untuk apply visa umrah. Ada kawan aku contact HQ travel agent ni, HQ kata boleh buatkan. Sekali pergi dekat branch, branch tak nak buat.

πŸ“ Visa Umrah tak boleh buat sendiri dengan cara apply online. Visa Umrah WAJIB buat dengan travel agent yang sah, dan berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dan ada link dengan MUASSASAH dekat sana nanti.

πŸ“Muassasah ni apa? Muassasah ni adalah agent yang dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi untuk bersedia membantu jemaah Umrah/Haji sekiranya berlaku apa-apa semasa mengerjakan haji atau umrah. Muassasah ni yang  uruskan kalau ada orang hilang ke, sakit atau meninggal. Kalau berlaku keadaan yang tak diingini, mutawif tetap kena berhubung dengan muassasah untuk uruskan korang. Please take note, walaupun ada muassasah, korang masih perlu beli TRAVEL INSURANCE untuk melancarkan sebarang urusan kalau jadi apa-apa.

πŸ“ Please take note MUASSASAH dan MUTAWIF adalah 2 orang yang berbeza. Mutawif ni dalam bahasa mudah macam “tourist guide” yang akan guide korang buat umrah. Yang akan beri nasihat, yang akan lead tawaf, saie, ziarah, isi masa terluang dengan ceramah agama etc. Orang selalu ingat wajib ada mutawif untuk buat umrah. Tak wajib sebenarnya. Kalau ada lebih bagus, kalau tak ada tak apa. Boleh rujuk buku panduan umrah yang ada  step by step, zikir, doa yang perlu dibaca. Yang wajib adalah muassasah untuk jaga kebajikan dan keselamatan kita sepanjang dekat sana.

πŸ•‹ Dokumen yang diperlukan untuk apply visa umrah :
====================================

1️⃣ Passport
2️⃣ Gambar Passport (2 keping)
3️⃣ Buku vaksin Umrah (Meningococcal)
4️⃣ Tiket Flight Pergi dan balik
5️⃣ Hotel Booking di Mekah
6️⃣ Hotel Booking di Madinah

Dokumen tambahan :

✅ Isteri :
Salinan sijil nikah yang disahkan oleh :
• Jabatan Agama Islam
• Wisma Putra (Putrajaya)

✅ Anak (bawah 18 tahun) :
Salinan surat beranak yang disahkan oleh :
• Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
• Wisma Putra (Putrajaya)

✅ Untuk jemaah wanita yang mahramnya bukan suami (contoh : adik beradik, bapa saudara, datuk) atau anak lelaki/perempuan dibawah 18 tahun yang mahramnya bukan bapa sendiri (contoh bapa tiri), boleh refer link ni untuk dokumen yang diperlukan :

http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/p_panduan2.php

πŸ•‹ HARGA VISA UMRAH
=======================

πŸ“Harga Visa Umrah yang dikenakan adalah RM 350 single entry valid selama 30 hari (Bulan Ramadhan 15 hari). Undang-undang baru Arab Saudi, Visa Umrah untuk jemaah yang ingin menunaikan umrah kali kedua dalam tempoh 3 tahun hijrah akan dikenakan 2000 riyal (RM 2200). Lepas 3 tahun hijrah, baru harga visa jadi RM 350 balik.

πŸ“Visa Umrah ni, dia link dengan nombor passport. Jadi selagi passport masih valid untuk 3 tahun berikutnya, nak buat visa umrah kena caj RM 2200. Kalau undang-undang ni wujud zaman dulu, senang sikit, sebab kita ada option passport yang valid 2 tahun sahaja. Jadi tak ada issue. Sekarang passport semua valid 5 tahun..

πŸ“Tapi dengan bantuan travel agent yang uruskan visa umrah dan jabatan imigresen, ada kelonggaran yang diberikan kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk buat passport baru, yang penting ada supporting document. Untuk info yang lebih detail, boleh refer gambar.

πŸ•‹ NAK APPLY VISA DEKAT MANA?
===========================

Untuk apply visa umrah, korang boleh terus contact Tips Umrah Backpackers Malaysia - Safar Buddies. Umrah sebelum ni dan kali ni kami buat Visa dengan travel agent yang sama..

Semoga bermanfaat, dan semoga korang semua pun dijemput ke tanah suci pada waktu yang terbaik dan dengan cara yang korang paling mampu. Kalau mampu yang mewah, alhamdulillah rezeki, kalau mampu yang biasa-biasa pun rezeki jugak, sama je, semua tetamu Allah 😊


p/s : Untuk all posts regarding Umrah DIY kami tahun 2017 & 2019, boleh search hashtag #SheUmrahDIY

p/s/s : Untuk perkongsian Umrah oleh rakyat Malaysia yang lain, boleh search hashtag #UmrahDIY

Comments

Popular posts from this blog

Cara Pengiraan Bilangan Bata Dan Simen

Sejarah Motosikal Modenas Kriss

CERITA LAWAK: 3 Sekawan