Cuti-cuti Di Fes El-Bali Marocco

Sekadar berkongsi!!

Merhaba Morocco

Pada aku Morocco antara negara yang hebat  dari sudut peradaban ilmuan dan sangat cantik. Di bumi Morocco, letaknya universiti tertua di dunia iaitu Jamiah Al-Qawariyyin di tengah-tengah Fes El-Bali. So, tak hairan la kiranya peradaban keilmuan negara berkenaan sangat hebat.

Catatan perjalanan aku bermula dari Airport Rabat. Aku menjadikan kota Rabat sebagai gerbang aku memasuki Morocco atau Maghribi.

Dari Rabat kembara aku di bumi Morocco bermula. Aku menaiki bas ke Rabat Ville dengan harga MAD25. Rabat Ville adalah station train paling dekat dengan Airport Rabat. Pilihan lain untuk ke Rabat Ville ialah taxi MAD200. Bas dan taxi boleh naik betul-betul depan airport dan akan stop berhampiran Rabat Ville.

Kembara aku di Morocco lebih tertumpu di Fes dan Marakech. Dari Rabat Ville aku akan menggunakan train ke kota Fes yang akan memakan masa selama 3 jam untuk tiba di bumi pengeluar barangan kulit berkualiti tinggi di dunia. Bayaran yang aku untuk train 2nd Class yang aku naiki ialah 94DRM dan ianya amat berbaloi. Pesanan aku, untuk naik train dari Rabat Valle, pastikan betul2 trainnya sebab di Morocco train dan Metro menggunakan railway yang sama dan ketibaannya adalah on time.

#Riad/Hotel/Hostel
Sekiranya ke Morocco, Riad adalah tempat terbaik  untuk merasai pengalaman bersama warga tempatan. So, rasailah pengalaman menginap di riad di medina. Auranya 19x lebih seronok berbanding di hotel.🤩🤩.

Berada di Medina sama ada di Fes atau di Marrakech, isu sesat tersalah lorong perkara biasa, jd tanyalah pekedai yg menjual bukan guide-guide yang menunggu dilorong-lorong kerana tiada yang free di Morocco.

Setibanya di Morocco, cara terbaik  untuk ke riad/hostel/hotel ialah shuttle dengan diorg tapi mahal sikit yang penting tak ada extra cost untuk bayar kepada penunjuk arah tak bertauliah yang akan demand dengan harga.

Di Fes, aku cadangkan stay je di Fes El-Bali iaitu kota sesat yang bakal kita hadapi. Tp kesesatan itu amat menyeronokan!😉😉

Di Marrakech, aku cadangkan stay di Riad/Hostel/Hotel di bab ul Zaitun. Aman dan senang untuk ke Jama El-Fina. Penggunaan public transport pun bagus di area ini.

#Shopping
Pada aku, Morocco adalah dunia shopping dan bagi pengemar shopping mungkin tak nak balik selagi tak habis bekalan yang dibawa😂
Beg kulit di Marooco antara yang termurah & berkualiti
#Transport
Penggunaan bas dan taxi secara meluas dan friendly traveller. Untuk jarak yang jauh boleh gunakan keretapi dan harganya berbaloi. Kalau dibaca dari view tripadvisor, diorg cadangkan ambil first class seat train tp pada aku, cukup second class sbb ianya mmg dah sangat selesa.

#Airport dan Imigresen
Kalau korang cakap Imigresen di Srinagar  tu ketat amat, kat sini lagi ketat tau... waima ketibaan domestik, checking passports akan tetap dibuat dan dicop! Sama juga proses boarding, lagi la... checking passport akan berlaku 3x sehingga msk ke balai berlepas sama ada pelepasan domestic or international. Kastam?? Korang fikir la sendiri😂😂😂. Apapun, aku suka Morocco.

Boarding pass dari Morocco wajib printed bairpun korang gunakan Ryanair dan buat online check in. Tapi jangan risau, di Morocco banyak service printing.

#SimCard
Untuk beradaptasi dengan Medina di Morocco, google map amat penting sebab tanpa google map, untuk ulang tempat sama kali ke-19 mungkin boleh berlaku sebab ia kelihatan sama🤩🤩. Simcard di Airport Morocco boleh dapat free je sbg tourist tp nanti korang boleh top up.

#Makanan
Wajib menikmati makanan tempatan mcm caucus. Di Old town or medina agak sukar mendapatkan nasi kerana Moroc lbh berminat dengan roti. Jd, sasaran aku mencari nasi arab kat sini ternyata hampa😰😰. Walaubagaanapun, isu makanan halal tidak akan masalah di sini.
Caucus
#Tipping
Di Medina akan ada penunjuk arah di setiap sudut dan sila sediakan duit kecil sebagai tip untuk diorg. Walaubagaimanapun, sekiranya tersesat jalan, sila tanya peniaga-peniaga diorg sedia membantu bila-bila masa.

Sumber FB

Comments

Popular posts from this blog

Cara Pengiraan Bilangan Bata Dan Simen

Sejarah Motosikal Modenas Kriss

CERITA LAWAK: 3 Sekawan