Ganjaran untuk Penjawat Awam Skim Pencen
Penjawat awam skim pencen. Kiraan pencen hanya 3/5 atau 60% dari gaji hakiki dan mesti cukup khidmat 30 tahun.
Kalau kurang 30 dapat kurang dari 60% laa. Khidmat 35 tahun tetap juga 60%.
Bayangkan gaji hakiki akhir RM5k. Jadi pencen yg diterima hanya RM3k.
Selain itu, ada lagi ganjaran penjawat awam akan dapat iaitu ganjaran perkhidmatan atau ganjaran terbitan.
Apa beza antara Ganjaran Perkhidmatan dan Ganjaran Terbitan?
a) Ganjaran Perkhidmatan
- Bayaran sekaligus kepada anggota/pegawai yang bersara sama ada bersara wajib atau bersara pilihan.
b) Ganjaran Terbitan
- Bayaran sekaligus kepada balu atau duda, anak dan ibu atau bapa apabila meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Formula adalah sama iaitu:
7.5% x bulan perkhidmatan x gaji hakiki bulanan akhir
Contoh :
Gaji akhir : RM6500
Elaun tetap : RM500 (tak kira)
Tempoh khidmat : 360 bulan (tiada had maksimum)
7.5% x 360 x 6500 = RM175, 500
Tu anggaran kiraan. Kalau meninggal atau bersara awal, ambil gaji akhir dan tempoh khidmat. Jadi ganjaran akan kurang sikit.
C) Ganjaran Cuti Rehat (GCR)
- Ni ganjaran kalau tak pakai cuti rehat untuk penjawat awam. Maksimum 150 hari.
Cuba kita kira tebus cuti 150 hari masa pencen.
Gaji akhir : RM6500
Elaun tetap : RM500 (kira)
Ganjaran : 1/30 x 150 x 7000 = RM35,000
Banyak betul ganjaran penjawat awam ni kan. 😂
Jadi sekarang ambil calculator kira hutang. Cukup ke tak? Tepuk dada tanya selera.
Jangan lupa ambil kira duit nak pergi haji, duit kenduri anak2 kahwin kalau ada, duit nak pergi bercuti.
*Segala pengiraan dan perbandingan hanya pendapat peribadi penulis dan tiada kena mengena atau mewakili mana-mana individu atau pihak.
Sumber FB
Comments
Post a Comment