Permohonan Dan Semakan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan
Kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Orang Tua atau Warga Emas (BOT) untuk membantu warga emas dimana mereka akan menerima bantuan RM350 setiap bulan.
Kerajaan tidak pernah sesekali menyisihkan warga emas sebaliknya tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit.
Isi Kandungan
1. Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
1.1. Syarat Kelayakan Bantuan 500 Sebulan
2. Cara Memohon Bantuan Bulanan Warga Emas
2.1. Permohonan Online Bantuan Orang Tua (BOT)
2.2. Semakan Permohonan Bantuan Orang Tua
Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan Orang Tua (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM350 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.
Pihak JKM akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan daripada pemohon untuk memastikan hanya yang layak dan memerlukan sahaja yang menerima bantuan ini.
*Kemaskini: Kerajaan telah mengumumkan dalam Intipati Pembentangan Bajet 2021 Malaysia bantuan ini dinaikkan kepada RM500 sebulan .
Syarat Kelayakan Bantuan 500 Sebulan
Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah seperti berikut:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Pemohon sudah berumur 60 tahun ke atas
Pemohon sudah tiada sumber pendapatan untuk menyara hidupnya
Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM
Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
Walaubagaimanapun, pemohon masih layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan kelulusan KPKM sekiranya tidak memenuhi kelayakan diatas untuk mana-mana kes yang tertentu dan berkeperluan sahaja.
Anda juga boleh mohon Bantuan Kanak-kanak (BKK) RM1000 Sebulan.
Cara Memohon Bantuan Bulanan Warga Emas
Ada 2 cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM.
Berikut adalah cara memohon bantuan warga emas RM350sebulan secara online melalui portal eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Permohonan Online Bantuan Orang Tua (BOT)
1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM
2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.
3. Klik DAFTAR PERMOHONAN
4. Pilih NEGERI pemohon.
5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.
6. Klik DAFTAR.
7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.
9. Klik KEPUTUSAN.
Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.
Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dan sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:
Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Semakan Permohonan Bantuan Orang Tua
Anda boleh melakukan semakan status permohonan anda tadi secara online sahaja.
1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM
2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
4. Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda terus boleh menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my
Comments
Post a Comment